Friday, July 3, 2009

PENUBUHAN DAN PERATURAN KELAB SETIA

OBJEKTIF:
1.Untuk mewujudkan satu pertubuhan di sekolah-sekolah bagi melatih penuntut kearah melahirkan semangat cintakan negara dan memahami aspirasi dan kehendak kerajaan.
2.Membentuk generasi yang cintakan perpaduan dan keharmonian.
3.Mendedahkan penuntut sekolah terhadap sistem dan amalan demokrasi berpalimen.
4.Membentuk dan melatih ahli tentang kaedah dan teknik berkomunikasi serta teknik pidato yang berkesan.
5.Melahirkan generasi berkualiti yang bersedia menyahut cabaran negara dan cinta kepada agama,bangsa dan negara.

PERATURAN-PERATURAN KELAB SETIA:

Peraturan 1:Nama Pertubuhan
1.Nama pertubuhan ini adalah "KELAB SETIA"dan diikuti dengan nama sekolah masing-masing
2.Alamat pertubuhan adalah alamat sekolah dimana kelab tersebut ditubuhkan.

Peraturan 2:Tujuan
Tujuan Kelab Setia ditubuhkan ialah:
a)Untuk mewujudkan satu pertubuhan di sekolah-sekolah bagi melatih penuntut ke arah melahirkan semangat cintakan negara dan memahami aspirasi dan kehendak kerajaan.
b)Membentuk generasi yang cintakan perpaduan dan keharmonian.
c)Mendedahkan penuntut sekolah terhadap sistem dan amalan demokrasi berpalimen.
d)Membentuk dan melatih ahli tentang kaedah dan teknik berkomunikasi serta teknik pidato yang berkesan.
e)Melahirkan generasi berkualiti yang bersedia menyahut cabaran negara dan cintakan kepada agama,bangsa dan negara.

Peraturan 3:Keahlian
1. Keahlian kelab ini terbuka kepada semua penuntut sekolah menengah di dalam negeri ini khususnya pelajar tingkatan 4 dan 6 rendah.
2. Ahli akan dibekalkan dengan Kad Keahlian.
3. Keahlian Kelab adalah percuma.
4. Ahli kelab adalah tertakluk kepada peraturan kelab seperti yang dirangkakan dan juga berjanji mentaati perkara-perkara beriku:
a)Hormat-menghormati antara satu sama lain.
b)Sentiasa mengikuti aktiviti kelab.
c)Menjauhi diri dari gejala yang tidak sihat.
d)Menjadikan RUKUNEGARA sebagai pegangan mutlak.
e)Tidak terlibat dengan penyalahgunaan DADAH.
f)Menghormati guru dan orang yang lebih tua.
5. Ahli yang didapati melanggar syarat-syarat seperti yang dinyatakan boleh dipecat oleh Presiden setelah dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa sekiranya didapati bersalah. Walaubagaimanapun ahli berkenaan wajar diberi peluang pembelaan yang sewajarnya sebelum pemecatan dilakukan.